Monday, 4 January 2016

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

Hari ini merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2016.
Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan Murai Batu ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru.
Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.
Selain rakan Murai Batu , selebriti pun tidak ketinggalan mengambil kesempatan menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sekolah semalam.
Antaranya yang Murai Batu perasan semalam di laman sosial Instagram adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.

Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakaian sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!

Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Murai Batu difahamkan tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.

Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah juga.

Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak kecilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1 di sekolah kebangsaan.

Seronok lihat gelagat anak dan ibu bapa selebriti ini menghantar anak ke sekolah, bila lah turn Murai Batu pulak ye.
Apa-apa pun Murai Batu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada adik-adik selamat kembali ke sekolah!

No comments:

Post a Comment