MERSING - Seorang guru wanita membuat laporan polis semalam berikutan
keselamatan dirinya serta beberapa lagi guru lain berasa terancam.
Salina Daud, 50, mendakwa dia telah diserang oleh seorang bapa kepada muridnya di SJKC Pai Chee pada jam 12.20 tengah hari.
Difahamkan, murid terbabit, Ng See How, telah memaki beliau pada 5
Januari yang lalu dalam bahasa mandarin tanpa sebarang sebab semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Bapa murid terbabit, Ng Lee Ze, bagaimanapun datang menyerang mangsa
dengan membaling buku-buku dan alatan mengajar milik mangsa di bilik
guru sambil disaksikan oleh beberapa orang guru sebelum bertindak
menarik dan menenangkannya.
Mangsa membuat aduan mengenai perkara itu pada guru kelas tetapi
sehingga jam satu tengah hari, tiada sesiapa pun yang datang berbincang
dengannya mengenai kejadian itu.
Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu serta
tidak berpuas hati pihak sekolah juga tidak melindunginya sebagai salah
seorang guru sekolah tersebut.
"Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta agar kami dikeluarkan
dari SJKC Pai Chee atas sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan
tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah," katanya.
Mangsa menegaskan bahawa laporan itu dibuat kerana merasakan dirinya dan
dua orang guru Melayu berasa tidak lagi selamat berada di sekolah
berkenaan.
Dalam surat rasmi yang dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing pula mendedahkan lebih terperinci.
Selain dari dipaksa keluar dari sekolah itu, guru-guru yang terlibat
juga pernah dimarahi dan dimalukan di hadapan murid tahun enam ketika
berada di dalam dewan.
"Maruah kami terjatuh apabila Guru Besar memalukan dan memarahi kami di
depan murid-murid tahun 6 yang kami tidak membuat kerja yang
diamanahkan.
"Cuti sakit dan cuti rehat khas bagi guru-guru dan kakitangan Melayu
juga dipertikaikan. Ada sesetengah guru-guru Cina menghebahkan kepada
murid-murid bahawa guru-guru Melayu menyusahkan pihak sekolah," dedahnya
antara 17 perkara yang dibangkitkan dalam surat rasmi tersebut. -
THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment