Tuesday 12 January 2016

HARAM Kongsi Gambar Susukan Anak Walau Tak Dedah Aurat

BEBERAPA hari lalu, kecoh di laman sosial mengenai isu ibu muda yang memuatnaik gambarnya sedang menyusukan anak.

Semuanya bermula gara-gara laman Facebook parodi terkenal, Amran Fans memuatnaik beberapa gambar wanita sedang menyusukan anak ke laman sosial.
ustaz33
Walaupun gambar tersebut tidak menampakkan aurat namun ianya menjadi bahan perdebatan banyak pihak.
Ada yang tidak setuju perbuatan terbabit dan tidak kurang juga segelintir yang menyokong dengan alasan tersendiri.
Terbaharu, Pencetus Ummah Rahmat menjelaskan apakah hukumnya dari segi agama Islam berkongsikan gambar menyusukan anak tanpa ‘membuka aurat’ tersebut.
ustaz
Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?
Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.
Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…
Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana-mana wanita yang berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.
Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?
Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi
Dalil-dalil ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.
Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
Maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri
Jadi selepas ini, kepada golongan ibu yang ingin memuatnaik gambar menyusukan anak, sebaiknya anda batalkan sahaja hasrat tersebut.
Meskipun aurat terlindung tapi percayalah, gambar sebegitu akan ditatap lama kebanyakan orang terutama kaum Adam dengan perasaan bercampur baur..
– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment