KUANTAN:
Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini
yang dinaiki mereka terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini,
petang tadi.
Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, berkata kemalangan berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Beliau
berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita, Norfarahliya Daud,
26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam
lingkungan 50-an.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.
"Ia
menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta
melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya ketika dihubungi
di sini.
Berikutan
kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera
ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.
Mohd Nor berkata kenderaan mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut mengalami kerosakan teruk.
Mereka
hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis
Trafik Kuantan malam tadi, katanya. - BERNAMA, SINAR
No comments:
Post a Comment