Saya dan suami dari Perlis ke Shah Alam. Masa nak pergi, tak ada
masalah. Alhamdulillah sampai dengan selamat naik bas Transnasional.
Kami bercadang nak balik pada 3 Januari 2016, pagi. Kalau tak ada, nak
ambil yang dekat-dekat itulah.
2 Januari 2016 malam, kami pergi ke stesen bas Shah Alam Seksyen 14, nak
pergi beli tiket bas. Adalah orang di kaunter Shamisha dok sekat-sekat
suruh beli dengan dia. Dia kata tiket banyak habis dah kalau nak balik
ke Kangar pada waktu pagi.
Kami pun suruh dia tunggu sekejap sementara kami pergi bertanya pada
kaunter yang lain. Dia siap ikut sekali, tolong tanyakan. Memang betul
tak ada tiket pagi atau petang. Yang ada adalah pada waktu malam sahaja.
Memandangkan tiada pilihan, kami pun beli tiket dari dia. Dia suruh kami
bayar RM53 tetapi dekat tiket dia tulis RM58. Kami tak tanya pun sebab
menyangka dia salah tulis. Dia siap pesan datang jam 1 sebab jam 1.15
petang, bas nak bergerak dah. Plat nombor bas, WTQ3359 dan bas turun di
Kangar.
Salah kami juga tak beli tiket awal-awal. Ralik nak ke Shah Alam, sampai rumah, terlupa.
Tunggu lagi sehingga jam 2 petang, tak sampai juga bas yang dimaksudkan.
Bila tanya, dia kata jam 2.30 petang bas tiba. Aduh! Geram juga sebab
kalau beritahu awal-awal, bolehlah pergi solat dulu kan?
2.30 petang bas tak sampai juga, tunggu hingga jam 2.40 petang bas pun
sampai. Tetapi bukan bas Shamisha yang sampai, bas yang lain.
Tengok plat, KBW tetapi nombor lain. Bila pergi tanya pemandunya, dia
kata bas ini cuma tolong hantar sampai ke Alor Setar sahaja. Kalau
Kangar, kena pergi tanya di Kaunter lain. Aduh! Pulak dah!
Lepas itu, orang kaunter pun datang ke bas dan suruh naik. Dia kata
nanti bila sampai Alor Setar, cari bas WTQ dan tunggu di sana. Bas itu
akan bawa sampai ke Kangar. Yakin dengan jaminannya, kami pun naiklah
bas itu.
Jam 3 petang, bas bergerak. Keadaan bas? Tak usah cakaplah, itu pun kira
bersyukurlah boleh balik juga kan. Alhamdulillah, settle satu perkara.
Bas pun ada berhenti untuk siapa-siapa yang nak solat. Lega hati.
Dah nama pun 'bas tolong', jadi merata-ratalah hentian dia. Kamunting,
Ipoh, Butterworth, Sungai Petani, Gurun dan akhir sekali Alor Setar.
Bila dekat Butterworth, dengar pemandu bas beritahu yang dia seperti
mangsa keadaan. Dia cuma tolong saja tetapi orang jeling dia macam dia
yang buat salah. Patutnya bas dia paling jauh dipandu sehingga ke
Butterworth saja. Kami yang mendengar ini pun rasa kasihan pada pemandu
itu.
Jam 11.30, sampailah di Shahab perdana. Sebelum turun, kami tanyalah
sama ada dia ada pergi ke Kangar atau tidak. Dia kata dia nak patah
balik, maka kami pun turunlah sebab orang di kaunter Shah Alam tadi
suruh cari bas WTQ.
Kami turun dan cari bas itu sampai jam 11.45 namun gagal. Tanya di
kaunter, mereka kata tak tahu dan suruh kami telefon sendiri nombor yang
tertera di tiket. Berkali-kali telefon namun tidak dijawab. Tanya
sekali lagi di kaunter, selamba mereka menjawab,
"Siapa suruh turun dari bas tadi? Patutnya bas itulah sampai Kangar," katanya.
Aik? Pulak dah. Bagusnya jawapan mereka ini. Sangat bagus. Padahal
kakitangan di kaunter Shah Alam beritahu ada bas lain. Mereka pula kata
tak tahu dan lepas tangan. Letih dan penat kami, tiada pilihan. Nak
balik macam mana lagi? Terpaksa ambil teksi RM60.00.
Keseluruhan dari Shah Alam ke Perlis almost 10 jam. Kos perjalanan
pulang pula mencecah RM166 (Tiket bas RM53(2x) + Teksi RM60). Siap
pakcik teksi kata ramai yang sudah terkena. Dah report juga pada pihak
berwajib namun tiada sebarang tindakan.
Bukan berniat nak menutup perniagaan orang tetapi nak suruh mereka
berhati-hati. Manalah tahu kalau terkena pada ibu bapa kita sendiri ke,
adik ke, saudara ke, tak pun student yang tengah bersusah payah berjimat
cermat ke? Takkan kita suka kena tipu? Tak tahulah kot kalau ada orang
yang suka ditipu.
Kepada pemilik bas Shamisha Holiday Express, silalah berniaga dengan jujur. Jangan asyik nak menipu orang sahaja.
Ya, memang ada hikmah dan kena redha tetapi penipuan kenalah dimaklumkan
agar tiada orang lain yang bakal menjadi mangsa. Sekian itu sahaja
cerita dari kami. Sila berhati-hati. Perompak berdaftar dan
terang-terangan mencuri, menipu semakin banyak. - Farida Hanis Zashi |
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
No comments:
Post a Comment