Sekarang ni ramai wanita inginkan kulit putih bak wanita Korea.
Bukan itu saja, produk untuk putihkan kulit pun dah berlambak-lambak dekat pasaran. Pilih je mana yang berkenan.
Ada juga wanita yang obsess nak putih sampai sanggup buat injection.
Jangan nak obses sangat nak putih sampai rosakkan kesihatan. Itu kan cipataan Yang Maha Esa.
Jadi, untuk wanita-wanita yang berkulit
gelap, jangan malu dengan warna kulit anda. Bahkan, anda patut bangga.
Nak tahu sebab apa?
1. Terhindar dari risiko kanser kulit
Mereka yang berkulit cerah lebih
cenderung untuk terkena kanser kulit berbanding mereka yang berkulit
gelap. Di sebabkan itu ramai la omputih sibuk nak tanning kulit.
2. Lambat berkedut
Ini salah satu kelebihan. Kajian
membuktikan, serat kolagen dalam kulit warna gelap lebih tebal dan lebih
banyak berbanding dengan kulit putih yang memiliki serat kolagen lebih
nipis.
3. Tahan sinaran ultraviolet
Mereka yang kulit gelap mempunyai tahap
melanin yang tinggi. Melanin berfungsi untuk melindungi epidermis dan
dermis dari bahaya sinaran ultraviolet. Memang orang gelap tak takut
panas.
4. Warna kulit yang lebih hangat
Setiap orang mempunnyai jumlah sel-sel
melanosit yang sama, mereka yang berkulit gelap mempunyai melanosit yang
mampu menghasilkan melanin dalam jumlah banyak. Peningkatan melanin
inilah yang menjadikan warna kulit yang lebih hangat.
5. Menghalang radikal bebas
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan
sel-sel kulit. Melanin berperanan mencegah kerosakan kulit yang
disebabkan oleh radikal bebas. Melanin juga berfungsi untuk menjaga
kelembaban kulit dan elak dari kekeringan serta pecah-pecah.
No comments:
Post a Comment