Monday, 4 January 2016

Masih Ingat Dengan Adik Amira & Aqila Nahas Duke? Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami



Kuala Lumpur: “Tahun ini saya berniat puasa penuh sebab itu daripada hari pertama Ramadan saya berpuasa. Tetapi hari ini saya tak larat sangat dan terpaksa berbuka,” kata Nur Firuza Amira, 7, kata anak sulung pasangan arwah Fairuz Nizam Husain, 35, dan Nova Safitri Azhari, 27.

Amira yang ditemui pada Bazar Syukur Ramadan NSTP di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad di sini semalam berkata, dia akan memastikan baki Ramadan kelak boleh disempurnakan dengan puasa penuh.
Amira dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, dijemput berbuka puasa sempena Bazar Ramadan NSTP dan mereka dibawa ibu saudaranya Yusnidah Husain, 47, sekeluarga.

Keriangan jelas terpancar pada wajah dua beradik itu termasuk menari di pentas bazar Syukur Selalu ketika mendengar lagu didendangkan.

“Pakaian untuk Aidilfitri tahun ini saya nak pakai gaun merah jambu. Saya memang suka warna merah jambu dan putih,” katanya.

Sementara itu, Yusnidah berkata, anak saudaranya itu memang bersemangat untuk berpuasa sejak hari pertama lagi.

“Cuma hari ini Amira minta kepada saya tadi ‘Mama, hari ini tak larat nak puasa’...saya yakin dia akan sedaya upaya melengkapkan berpuasa selepas ini

“Aqila pula baru empat tahun, belum pandai lagi nak berpuasa,” katanya.
Dalam kejadian menggemparkan negara awal pagi 2 Mei lalu, suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan, maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE, Kuala Lumpur.

Pemandunya, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian, manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Serentak itu, dua lagi anak mangsa menjadi yatim piatu, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang terselamat daripada nahas sebab tidak ikut bersama.





No comments:

Post a Comment