Tuesday 12 January 2016

Siti Perlu Belajar Dari Datuk Vida Cara Berniaga

vida siti


KEGAGALAN Siti Nurhaliza menangani masalah perniagaan telah menyebabkan Siti tidak teragak-agak menyalahkan GST dan kejatuhan nilai ringgit. Ini merupakan sikap yang cukup tidak profesional bagi seorang usahawan wanita. Alasan dan menunding jari kepada pihak lain tidak akan mampu memperbaiki dan memajukan sesebuah perniagaan itu.
Siti sepatutnya belajar dari Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida, cara-cara untuk menjalankan perniagaan. Jatuh bangun Datuk Vida dalam perniagaan tidak pernah menjadi alasan untuk beliau menyalahkan sesiapa pun.
Perbezaan yang paling ketara antara dua usahawan ini adalah taraf pendidikan mereka. Semua pihak amat maklum bahawa Siti Nurhaliza hanya mampu belajar sehingga ke peringkat SPM sahaja. Bagi Datuk Vida pula, beliau seorang yang amat mementingkan pendidikan sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran dunia luar dengan lebih baik.
Ibu Datuk Vida terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia. Malahan Datuk Vida turut melakukan tiga pekerjaan semasa beliau bergelar pelajar universiti.
Setelah berjaya menggenggam Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Datuk Vida meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh. Banyak perbezaan diantara usahawan yang berilmu dan tidak berilmu.
Selain daripada itu juga, keberanian untuk berbeza dan tidak menjadi usahawan biasa-biasa dilihat turut menyumbang kepada kejayaan luarbiasa Datuk Vida. Dengan usaha yang gigih, istiqamah yang tinggi dan memohon kepada Allah tanpa henti turut menjadi pencetus kejayaan beliau.
Memetik sumber awani, Siti Nurhaliza mengecam GST sebagai antara punca prestasi buruk Simplysiti. Beliau menganggap GST punca barang-barang mengalami kenaikan harga.
“Kami terkesan dengan kejatuhan ringgit kerana kami terlibat dalam pengimportan bahan-bahan dari luar negara khususnya Korea. Benar, jika dilihat pada transaksi SimplySiti, jualannya mencecah angka jutaan ringgit setahun. Namun, kami juga menghabiskan puluhan ribu ringgit sebulan untuk melunaskan tuntutan GST.
Kenyataan Siti jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami konsep GST yang dilaksanakan oleh kebanyakkan negara kerana ketelusan dan keberkesanan GST sebagai alat percukaian yang mampu menjana pendapatan negara disamping menjaga kebajikan rakyat dan memantau para peniaga yang kerap melakukan penipuan dalam percukaian.
Berbalik kita kepada kejayaan Datuk Vida dalam perniagaan. Apabila beliau menaja AJL29 dan Gegar Vaganza, permintaan dan jualan Qu Puteh melonjak sehingga kehabisan stok dan Datuk Vida terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota.
“Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
“Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,” katanya serius.
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Selain daripada itu juga, sikap Datuk Vida yang sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah menyebabkan beliau meraih kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan beliau. Nampak gaya,memang Siti perlu banyak belajar dari Datuk Vida.
– PRU14.tv

No comments:

Post a Comment