Tak
Sanggup Baca! Mengalir airmata kami baca tadi luahan menyayat hati bapa
Nur Amirah Atirah setelah anaknya kantoi menipu seluruh rakyat Malaysia.
Padam Muka! Suka-suka je tipu polis.
Baik atau buruk dia tetap anak saya, darah daging saya.
Itu luahan Abdul Majid Landu, 40, yang menyatakan rasa kesal serta
memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan anaknya,
Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, yang didakwa berbohong dengan
menyatakan telah diculik dua lelaki India di Klang, Ahad lalu.
Abdul Majid ketika dihubungi tidak menyangka anaknya itu sanggup
berbuat demikian selain meminta semua pihak dapat memaafkan anaknya itu
yang disifatkan masih mentah serta tidak berfikir secara matang.
Sebagai bapa katanya, beliau sudah tentu khuatir serta takut akan
keselamatan anaknya berdasarkan perbualan telefon Nur Amirah Atirah yang
meminta bantuan kakak angkatnya, Noor Fazila Misnan, 23, dengan
mendakwa dia telah culik seperti yang tersebar di media-media sosial
sebelum ini.
Maka sebab itu saya buat laporan polis. Mendengar suara anak saya
(Nur Amirah Atirah) meminta tolong daripada kakak angkatnya menerusi
perbualan telefon itu… hati siapa yang tidak rasa bimbang, lebih-lebih
lagi saya sebagai bapanya.
Bagaimanapun, saya sendiri tidak sangka dia sanggup buat begitu
kepada saya sekeluarga. Saya faham tindakannya telah menyusahkan banyak
pihak, namun saya berharap masyarakat tidak menghukum atas
ketidakmatangannya, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Majid tidak menolak kemungkinan menghantar
anaknya itu ke pusat pemulihan akhlak dan berharap perkara seumpama itu
tidak lagi berulang.
Perkara (hantar ke pusat pemulihan akhlak) itu biarlah dahulu, nanti
saya akan fikirkan. Biarlah perkara ini reda dahulu dan hari ini pun dia
ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, jelasnya yang tidak menyatakan
secara terperinci mengenai pemeriksaan tersebut.
Ahad lalu, Nur Amirah Atirah mendakwa telah diculik oleh dua lelaki
India di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini apabila
rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya
tersebar menerusi media-media sosial.
Lebih membimbangkan gadis itu turut mendakwa telah dilarikan dalam
sebuah van berwarna putih dan dalam perjalanan untuk dijual di negara
jiran.
Bagaimanapun tembelang remaja yang dipercayai mempunyai masalah
pembelajaran itu terbongkar selepas dia akhirnya ditemukan dalam keadaan
selamat bersama teman lelakinya kira-kira pukul 10 malam, Khamis lalu
di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner
Mohd. Yusoff Mamat ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini
hanya dua suspek iaitu teman lelaki remaja terbabit serta seorang lagi
lelaki berusia 45 tahun ditahan berhubung kes itu.
Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selasa depan, katanya yang turut yakin tiada lagi suspek lain akan ditahan.
Sumber: beritapadu
No comments:
Post a Comment