Sepasang
suami isteri yang baru berkahwin ditahan berhubung pembunuhan seorang
lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol isterinya.
Kedua suspek juga didakwa turut memotong kemaluan, memasak serta memakannya.
Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.
Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh mangsa.
Polis
berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi dan isterinya yang berusia 20
tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak dan kemudian turut
memakannya bersama-sama.
Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa "sakit hati" nya.
"Saya begitu marah', katanya.
Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober.
Menurut
jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan
bersama mangsa. sebelum bertidak menikam mangsa, memotong alat kemaluan
dan kemudian membakarnya di dalam van.
"Kes
masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu
pembunuhan terancang, " kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.
No comments:
Post a Comment