Gambar Hiasan
Seorang
remaja lelaki berusia 13 tahun telah mengaku merogol adik beliau yang
berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.
Budak
yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga
mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk
melakukan perbuatan seksual kepadanya.
Kes
itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video
lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.
Dia
memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama
seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki
berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah
lupa'.
Remaja
berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa,
diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,
manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .
Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.
Penyelaras
Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines
berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu
'kebimbangan'.
"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.
"Ia
akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan
beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu
berlaku kepada orang lain," katanya.
Fiona
berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai
sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang
akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki
muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.
Beliau
juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini
dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail
tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada
kandungan lucah.
Satu
rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan
oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.
Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.
Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.
Menurut
laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada
permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.
Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes ini.
"Di
Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan
ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton
dalam talian."
Fiona
berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan
hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di
sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.
"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.
"Pada
masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah
apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks,
tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.
No comments:
Post a Comment