Terdapat pelbagai peristiwa mengejutkan yang terjadi dalam sejarah.
Sebagai contoh, pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat (AS)
yang masih muda iaitu John F. Kennedy (JFK) sedang menaiki kereta di
Dealey Plaza, Dallas, Texas. Hari itu seperti hari indah yang lain dan
harapan orang ramai menggunung tinggi. Hanya sesaat, peluru menembusi
kepala JFK dan isterinya, Jackie merangkak atas kereta untuk mengaut
cebisan otak suaminya dalam keadaan terpempan.
JFK telah ditembak mati. Set gambar kali ini merakamkan detik-detik
vital selepas berlakunya pembunuhan terkenal yang tidak dijangka dalam
sejarah.
1. Martin Luther King
Ditembak mati pada 4 April 1968 oleh James Earl Ray. Dia merupakan
seorang aktivis, penceramah dan pemimpin terkenal untuk hak asasi rakyat
Afrika Amerika dan pemenang anugerah Nobel untuk keamanan yang dikenali
kerana pendekatan memperjuangkan hak asasi melalui kepatuhan
undang-undang. Dia dibunuh di Motel Lorraine di Memphis, Tennessee pada
usia 39 tahun.
2. Presiden AS, John F. Kennedy
Ditembak mati pada 22 November 1963 oleh Lee Harvey Oswald. JFK
merupakan presiden AS yang ke 35, terbunuh pada 12.30 tengahari di
Dealey Plaza, Dallas, Texas. Pembunuhnya telah dibunuh pula oleh orang
lain sebelum perbicaraan. Terdapat pelbagai teori konspirasi muncul
selepas itu yang ini ialah tindakan bagi menyembunyikan sesuatu.
3. Lee Harvey Oswald
Dibunuh pada 24 November 1963 oleh Jack Ruby. Menurut lima siasatan
rasmi, Oswald ialah penembak jarak jauh yang telah membunuh JFK dua hari
sebelumnya.
4. Malcolm X
Dbunuh pada 21 Februari 1965 oleh Norman Butler, Thomas Johnson dan
Talmadge Hayer. Malcolm ialah seorang Muslim bangsa Afrika-Amerika yang
seorang aktivis hak asasi manusia. Kepada pengikutnya, dia ialah seorang
calon yang berani dalam memperjuangkan hak kulit hitam, seorang
individu yang mengecam jenayah yang dilakukan oleh kulit putih kepada
kulit hitam. Namun, ada yang menganggap Malcolm menggalakkan rasisme dan
keganasan. Dia dianggap antara tokoh Afrika-Amerika paling berpengaruh
dalam sejarah.
5. Robert F. Kennedy
Dibunuh pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Sirhan. Dia ialah abang kepada JFK
dan dibunuh selepas tengah malam di Los Angeles, California sewaktu
berkempen untuk pilihanraya Presiden AS bagi tahun 1968.
6. George Lincoln Rockwell
Dibunuh pada 25 Ogos 1967 oleh John Patler. Rockwell ialah pengasas
Parti Nazi Amerika dan merupakan seorang tokoh pergerakan Neo-Nazi di
AS. Tulisan dan pegangannya masih berpengaruh kepada nasionalis kulit
putih dan Neo Nazi.
7. Anwar Sadat
Dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh Khalid Islambouli. Pembunuhan Anwar
Sadat, Presiden Mesir itu berlaku semasa perarakan tahunan untuk
memperingati kejayaan tentera mesir menyeberangi Terusan Suez.
8. Inejiro Anasuma
Dibunuh pada 12 Oktober 1960 oleh Otoya Yamaguchi. Anasuma ialah seorang
ahli politik Jepun dan pemimpin Parti Sosialis Jepun. Merupakan seorang
pemidato yang hebat, namun merupakan seorang penyokong Parti Komunis
China dan sosialisme. Yamaguchi yang hanya berusia 17 tahun, telah
membunuh diri dalam penjara selepas seminggu membunuh Anasuma. Dia
sempat mengikrarkan taat setia pada Maharaja Jepun melalui tulisan pada
dinding penjara.
9. Park Chung-hee: Park
Presiden Korea Selatan, dibunuh pada 25 Oktober 1979 oleh Kim Jae-kyu
sewaktu makan malam di bangunan Agensi Risikan Pusat Korea (KCIA) dalam
Blue House (kediaman rasmi presiden Korea) di Gungjeong-dong, Seoul. Kim
Jae-kyu pula ialah Pengarah KCIA dan ketua pengawal Park. Park ditembak
di dada dan kepala, dan mati hampir serta merta. Empat pengawal
peribadi presiden dan pemandu keretanya turut dibunuh.
No comments:
Post a Comment