Bismillahirrahmanirrahim…saya harap sangat post saya ni admin akan post
dekat iiumc,sebab saya nak share pengalaman yang saya sendiri
lalui..Saya baru 4 bulan berkahwin dengan suami saya,dan saya masih
belajar di ipta terkemuka di malaysia .ceritanya begini,saya mempunyai
masa silam yg sangat dahsyat yang tak mampu dibayangkan,saya telah
berzina dan membuat maksiat..sebelum saya kenal dengan suami saya
,setahun saya mendiamkan diri dan berubah dan pade ketika
itu,pergantungan saya hanya pada Allah…
saya lupakan dumia,saya kejar cita2…dan saya pernah berdoa "ya Allah
,kalau aku diberi peluang untuk mengenali lelaki lagi,kau kenalkan aku
dengan jodohku ya Allah ,aku tak sanggup bercinta dan mmbuang masa,aku
pilih jalan Mu dan aku bertaubat ya Allah…sebulan selepas aku berdoa
sebegitu aku diperlenalkan dengan seorang lelaki yg kini suami
ku..subhanllah..wallahi..dia alim sangat dan langsung tidak pernah
menyentuh aku dan sangat menghormati ku sebagai wanita,kami tidak keluar
bersama,langsung tidak bercinta,
beberapa bula setelah kenal,dye datang berjumpa abah dan terus masuk
meminang..sebelum bertunang,aku jujur dengan dye aku sudah terlanj uur
dan aku cerita segala kisah silam aku bukan niat membuka aib tapi aku
cuba berterus terang sebab aku taknak satu hari namti bile kami bersama
lepas nikah,dyedapat tahu dan dye akan tertekan lalu menceraikan
ku..jadi,aku ambil langkah selamat dengan memberitahu dlu,untuk tidak
mengkhianati bakal imamku…selepas diberitahu,dye terperanjat dan
wallahi,dye tak samgka aku yang bertudung labuh kini mempunyai kisah
silam sangat dahsyat dulu…
selepas memberi dye mase dalam 2 bulan menyepi ,selepas istikharah yang
buat kesekian kali,dye hantar rombongam merisik daripade keluarga dan 3
bulan selepas itu kami bertunang dan 3 bulan selepas tunang kami
bernikah…dye terima aku..wallahi dye kate dye ingin selamtkan
aku…seperti ape yg dikatakan tunang ini…dye kate itu cume kisah
silam…aku gembira..seperti yang kami rase,suami aku 'one in a million
"bukan?ya ,betul…tapi ..jgn sangka ,kite pendosa tisak diuji
allah..bukan senang taubat kite diterima,selepas sebulan berkahwin…tiade
angin tiade ribut,dye ungkit aku siapa…
Allah,sakitnya …demi Allah…aku taat,patuh pada Allah dan suami ku…minta
maaf setiap hari,tapi dugaan Allah melebihi segalanya,dye sentiase
ungkit aku perempuan kotor,ramai lelaki dah sentuh,jijik dengan aku
sampai dye tak sanggup nak sentuh aku..kami yang konon nya ingin
bercinta selepas nikah,lentap begitu sahaja…kini,aku masih
begini..berbekalkan kekuatan daripada kisah silam aku yg tauk sanggup
aku ceritakan..aku masih di sini…belajar,aku isteri,aku anak dan aku
juga bakal ibu kepada anak yang berada dalam kandungan ku (5
minggu)..doakan lahh aku diberi kekuatan untuk mengaharungi dunia…
aku tidak berniat untuk mengaibkan suami..cuma,aku ingin
bercerita,kepada lelaki yang menerima wanita yg terlajur,terimalah
sebenar benarnye..jangan separuh jalan..dan buat wanita yang
dikasihi,jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana…sekali anda terjerumus
ke kancah zina,Allah akan turunkan balasan cash di dunia…bertaubatlah
dengan sebenar-benar taubat…Menerima wanita sebegini bukan sesuatu yang
mudahh..aku faham tindakan suamiku dan aku redha..buat encik tunang,yang
menerima bakal isterimu,tahniah…teruskan usaha anda..ingat ,ini TIDAK
MUDAH..
– Isteri iiumconfession
No comments:
Post a Comment