Kalau badan korang gemuk tapi suami pula kurus atau sado, jangan rasa
rendah diri. Abaikan kata-kata bahawa anda tak sepadan atau komen orang
sekeliling yang meminta anda menguruskan badan, bimbang suami cari lain.
Kenapa perlu susah hati, kalau pasangan sendiri tak kisah pun tentang
bentuk badan anda. Malah suka dengan penampilan tubuh yang berisi dan
comel ini. Asalkan sihat, tiada penyakit tak kisah lah kan.
Tapi juga kalau ada juga yang mengata anda tentang perkara ini, sila
beritahu mereka bahawa punya pasangan yang gemuk ada kelebihan
tersendiri. Antaranya mereka ini takkan berkira bab makan, ha ini memang
bahagia bukan? Di samping itu ada tujuh lagi bonus memiliki pasangan
yang gemuk. Baca ni ok, jangan sedih-sedih lagi ya.
Tak malu kalau makan banyak
Jika suami gemuk dan makan banyak anda tentunya tak akan rasa malu atau
segan untuk makan bertambah bila lapar. Sebab dia pun sama, tiada yang
nak menjeling atau ketawakan anda. Nak pesan piza lepas makan nasi pun
tiada masalah. Dia ok jer.
Ada peneman makan jajan
Bila berjalan di kompleks membeli belah dan rasa nak makan kudap-kudapan
ada saja yang sudi teman. Ais krim, burger, kuih muih dia pun akan
layan sama. Kalau pasangan yang jaga badan mesti berkira-kira nak
singgah.
Suka cuba makanan dan tempat makan baru
Dengar saja ada tempat makan best, atau lain dari yang lain, dia akan
jadi orang pertama ajak anda mencubanya. kalau anda sendiri memang jenis
suka mencuba, menjadi saja rancangannya. Selalunya ini menjadi hobi
yang dikongsi dengan pasangan.
Makanan tak dicatu
Pasangan anda yang gemuk mungkin diet tapi tiadalah sampai ikat perut.
Dia faham bagaimana keadaannya jika dalam keadaan lapar. Dia makan tapi
tahu hadnya. Bagi pasangan yang kurus kerana diet pula, kemungkinan
besar makanan suami pun dicatu. Atau dia sendiri enggan masak kerana
mahu diet. Parah nih.
Senaman santai
Kecuali kalau si dia obses untuk kurus, pasangan yang gemuk selalunya
bersenam santai saja. Tiada senaman ketat dua jam setiap hari di
gimnasium sehingga mengurangkan masa untuk famili.
Takkan komen tentang makanan berlemak
Ada sesetengah pasangan yang jaga badan akan komplen bila disajikan
makanan tinggi lemak atau kalori. Tapi pasangan yang gemuk, biasanya
belasah saja. Anda yang masak pun tak kecil hati kan malah suka bila
tengok pasangan makan penuh selera. Tak rugi masak.
Dia terima anda seadanya
Jika dia tak kisah dan tak mengeluh atau membandingkan tubuh anda yang
gemuk dengan orang lain, kemungkinan besar dia menerima anda seadanya.
Dia juga mungkin lebih melihat kelebihan hati atau dalaman anda. Ini
lebih berharga sebenarnya.
Setuju tak dengan kelebihan ini? Tapi dalam pada itu perhatikan juga apa
yang dimakan, jangan berlebihan takut bawa mudarat pula. Gemuk atau
berisi sedikit tiada masalah jangan sampai obes, bimbang penyakit
datang.
No comments:
Post a Comment