Jika anda sangkakan bahawa anda
mempunyai ramai rakan, cuba perhatikan di sekeliling anda, dengan siapa
je anda masih berhubung lagi.
Jangan pula anda melihat rakan-rakan di
Facebook je, anda dah boleh anggap diri anda sudah popular dan ramai
rakan. Kenal pasti antara ‘rakan’ dan ‘kenalan’. Ia perkara yang berbeza.
Kajian terbaru ini buat anda sedar, berapa ramai sebenarnya rakan anda.
Kajian ini mungkin menyedihkan, tetapi ia buat anda sedar siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang tidak sukakan anda.
Hampir separuh dari rakan anda sebenarnya tidak sukakan anda? Serius ke ni??
Seramai 84 pelajar kolej dalam kelas
yang sama diminta untuk menilai antara satu sama lain bermula dari sifar
hingga lima. Skor lebih daripada tiga baru boleh dianggap sebagai
sahabat. Jika kurang daripada itu, kemungkinan dia tidak sukakan anda.
Setiap pelajar juga perlu meneka berapa jumlah penilaian yang yang diberikan pada mereka.
Hasil dari kajian tersebut mendapati,
setiap peserta menyangkakan hampir ke semua rakan mereka sebenarnya
seorang rakan, tapi sebenarnya hanya 53 peratus sahaja yang boleh dianggap sebagai sahabat dan selebihnya tidak.
Jadi, anda perlu lebih berhati-hati dan
sentiasa berbuat baik. Kadang-kadang ada yang baik depan kita sebenarnya
hanya berpura-pura sahaja.
No comments:
Post a Comment