Boleh dikatakan ramai selebriti di Malaysia yang mempunyai bentuk badan yang cantik walaupun sudah memiliki cahaya mata.
Bukan senang nak jaga badan, lebih-lebih lagi dengan jadual yang padat.
Kalau anda nak badan cantik macam 5 selebriti yang kami akan kongsikan ini, jom lihat apa rahsia mereka.
1. Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi cantik ini hanya akan mengamalkan heavy brunch dan sajian yang sangat ringan untuk makan malam. Erra akan makan malam selepas solat Maghrib dan sebelum jam 8 malam.
Bagi Erra, dia percaya mesti ada sebab tertentu kenapa umat Islam berbuka puasa pada waktu tersebut.
2. Izara Aishah

Cara Izara menjaga badan adalah dengan
menari. Itulah rutin hariannya setiap hari dan akan lakukannya dengan
konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.
3. Nora Danish

Hot mama ini menjaga badan dengan melakukan Yoga dan MMA apabila berkelapangan. Kalau jadualnya sangat padat, Nora akan pastikan untuk melakukan squat dan sit ups di rumah.
4. Fouziah Gous

Bagi pelakon berbadan cantik ini,
rahsianya untuk menjaga badan dan kekal langsing ialah dengan makan saja
apa yang anda mahu cuma kurangkan kuantitinya.
5. Diana Danielle

Cara pelakon cantik dan ibu kepada dua
cahaya mata ini menjaga badan dengan makan sajian yang tinggi protein,
rendah karbohidrat dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
Cukup buatkan rasa kenyang.
No comments:
Post a Comment