KUCHING : Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik
jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang
dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai
petang tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.
Ketika itu, jelasnya beliau memantau bersama 6 anggotanya di kawasan
yang sama iaitu 3 kilometer dari tempat kejadian dan kurang 5 minit
anggota bomba yang lain menjumpai seluar tersebut hanyut dibawa
gelombang dan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.
Beliau menjelaskan, rakannya mengesahkan bahawa ia merupakan seluar mangsa yang digunakkanya pada hari kejadian.
Sehubungan itu, Tiong memberitahu pihaknya dengan bantuan JPAM, APMM
serta pasukan polis akan meneruskan operasi sehingga 7 malam dan mereka
akan lebih fokus kepada kawasan pakaian mangsa ditemui dan kemungkinan
mangsa juga akan ditemui di tempat yang sama.
Manakala di bahagian darat pula akan diteruskan sehingga malam.
Seluar tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk ujian forensik.
No comments:
Post a Comment