Wednesday, 16 December 2015

Sedih Giler!! Minggu Pertama Gegar Vaganza Tiada Siapa Sponser Saya - Siti Nurdiana

7 PERKARA YANG KITA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG 
SITI NORDIANA @ NANA!!

1. Dilahirkan pada tahun 1984 dan kini berusia 31 tahun (2015)

Nama: Siti Nordiana binti Alias
Nama samaran: Nana
Tarikh lahir: 22 November 1984

2. Merupakan seorang budak kampung yang berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan

"Saya pernah berada di satu tahap di mana saya rasa sungguh hina. Saya tidak mempunyai penaja di konsert minggu pertama. Saya minta tajaan semua reject. Sebab apa? Adakah sebab saya penyanyi kampung?

"Saya penyanyi kampung Felda Sendayan. Alhamdulilah saya menjadi juara Gegar Vaganza. Kepada semua penggiat seni di Malaysia, bukalah mata anda. Di malaysia kita ada begitu ramai penyanyi lama yg sangat bagus. Mengapa perlu kita reject mereka? Mengapa kita perlu bangga dengan artis luar?

"Indonesia bangga dengan dangdut. Mengapa kita tidak boleh bangga dengan Irama Malaysia? Bayangkan cucu-cucu anda tidak mengenal apa itu zapin, apa itu inang," tegas Nana.

3. Pernah terkenal sebagai penyanyi duo popular bersamaAchik Spin pada era 2000an

Duo Achik & Nana adalah pasangan penyanyi duet yang cukup popular pada era 2000an. Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo.

Pada tahun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul 'Istimewa Untukmu' yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul 'Paling Comel' ciptaan Aidit Alfian berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio.

Populariti duo Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.

4. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 dan bercerai 3 tahun kemudian

"Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos (2009) yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.

"Jadi Nana rasa dah tak boleh nak tangguh lagi dan memang Nana dah nekad untuk berpisah dengan dia," jelas Nana yang telah banyak melakukan solat hajat dan mendapat petunjuk bahawa berpisah adalah jalan penyelesaian yang sesuai.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008.

Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

5. Mula mengenakan hijab secara kekal pada tahun 2011

"Alhamdulillah, imej bertudung sudah menjadi imej kekal saya sejak Ramadan lalu (2011). Saya sudah mengenakan tudung seminggu sebelum menyambut Aidilfitri. Jujur sebenarnya, saya sudah lama nak berubah dengan memakai tudung. Barulah sekarang saya mempunyai keberanian untuk berimej seperti ini.

"Niat saya untuk bertudung lebih mendalam selepas minat saya membaca buku-buku Islamiah semakin tebal. Saya juga melihat kebanyakan saudara baru Islam lebih banyak mengenakan tudung sebaik saja mereka menganut agama Islam. Jadi, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah.

"Lagipun saya mahu jadi contoh terbaik buat anak saya. Apapun, saya sebegini bukanlah bermaksud saya terus menjadi alim atau tidak akan bekerjaya sebagai artis. Saya masih lagi belajar dan berharap saya dapat terus mendalami Islam dengan baik serta sempurna," katanya.

6. Mengusahakan perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label yang diberi nama'Paling Comel' sejak 2012

7. Masih belum yakin untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat

Nana bersama anaknya, Rayyan.

Enam tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana hanya akan memikirkan tentang perkahwinan selepas anak lelaki tunggalnya, Rayyan mencecah usia 9 tahun.

“Bukan tak mahu kahwin, tapi Nana masih belum puas berkasih sayang dengan Rayyan. Takut nanti dia tersisih pula kalau Nana tiba-tiba kahwin.

“Lagipun Nana masih perlukan kekuatan untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini,” ujar Nana.

Tahniah Siti Nordiana! Semoga karier terus sukses di masa hadapan

No comments:

Post a Comment