Perompak yang merompak kena puji.
Mangsa rompakan kena kutuk.
Itu yang
berlaku dalam insiden rompakan yang membabitkan anak perempuan kepada
timbalan perdana menteri Malaysia, Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah.
Untuk
pengetahuan korang, ini adalah kejadian kali kedua rompakan yang
membabitkan rumah Nurul Hidayah. Kali ini Nurul Hidayah dianggarkan
kerugian 25,000 ringgit Malaysia termasuk kehilangan cincin
perkahwinannya.
Berani juga perompak tu ya. Merompak bukan rumah calang-calang orang. Anak TPM punya rumah kena rompak tu.
Tak pasti
samada perompak yang sama merompak kali kedua di tempat yang sama
ataupun perompak yang berbeza merompak di rumah itu tetapi oleh kerana
Zahid Hamidi ialah ;
- Menteri yang kawal-selia KDN
- Timbalan perdana menteri pula tu
Maka sudah
tentula isu berkenaan menjadi kecoh di laman maya. Selain membuat komen
berbaur sindiran kononnya Malaysia masih aman, syukur takde bom sekadar
rumah je kena rompak dan sebagainya, netizens juga turut memuji tindakan
perompak yang merompak rumah anak timbalan perdana menteri. Bahkan,
perompak tersebut digambarkan sebagai seseorang seperti WIRA kerana
merompak rumah-rumah VVIP di negara neh.
Baca sedikit sebanyak respon netizens tentang isu berkenaan ;
Apa yang rakyat fikir adalah cerminan kepada apa yang kita lakukan kepada rakyat.
Sudah tentu
komen-komen seperti di atas tidak mewakili pemikiran hampir 30 juta
rakyat Malaysia tetapi apabila komen-komen seperti di atas mendominasi
alam maya sekurang-sekurangnya kita patut sedar apa yang kebanyakkan
dari mereka fikir tentang diri kita.
Rakyat sudah tidak boleh lagi simpati kepada kamu bukan kerana mereka kejam.
Sebaliknya diri
mereka telah dipandu dan didorong untuk bersikap sedemikian selepas apa
yang pemimpin-pemimpin negara ini lakukan kepada rakyat.
Polisi yang
hanya cantik atas kertas tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk
tindakan, keadilan yang berat sebelah dan berpihak, keselamatan yang
hanya memandang pada status dan pangkat, prinsip demokrasi yang nampak
cantik dalam perlembagaan tetapi gagal dimanifestasikan secara realiti,
keputusan demi keputusan yang menyusahkan dan membebankan rakyat,
tindakan demi tindakan, hukuman demi hukuman, yang mana rakyat sahaja
menjadi sasaran sementara itu yang berkuasa, berharta dan berpangkat
berstatus VVIP kekal hidup bebas dan bermaharajalela, ini semua akhirnya
membentuk satu situasi, pemikiran serta prinsip dalam hidup rakyat
bahawa tiada keperluan untuk mereka bersimpati pada kamu kerana dari
awal lagi kerajaan tidak pernah mahu bersimpati apatah lagi mempedulikan
nasib rakyat yang terus terpinggir dan ketinggalan dalam langkah
kerajaan membina kemajuan (kekayaan) bagi memuaskan nafsu kapitalisma.
Telah aku katakan, apa yang rakyat fikir adalah refleksi kepada apa yang kamu lakukan kepada mereka.
Ia adalah
pengalaman mereka yang menjadikan mereka sebegitu. Pengalaman yang tidak
menipu ataupun dipengaruhi oleh sentimen pembangkang. Rakyat ialah
mahkluk hidup dan berkembang, jika mereka benci kepada pemimpin negara
dan anak-anak mereka sudah tentulah ia kerana kamu sememangnya begitu
membencikan.
No comments:
Post a Comment