Percaya dengan rezeki dan percaturan Allah, mungkin itulah yang dipegang
oleh anak muda dari Temerloh Pahang ini. Bekas doktor Hospital Sultan
Haji Ahmad Shah ini nekad berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.
Kerana minat dan niat mahu membantu penduduk setempat, dia memulakan
perniagaan aksesori telefon. Ye, jual phone, screen protector dan
macam-macam lagi. Memang murah!
Berhenti jadi doktor
Pada mulanya lelaki ini hanya menjalankan perniagaan di sekitar kaki
lima tapi malangya dihalau oleh pihak berkuasa. Dia juga pernah menjual
di sekitar pasar malam.
Salam warga temerloh.koi sebelum ni seorang doktor di HOSHAS,tp disebabkn minat yg amat psl fone dan kesian kt org temerloh terpaksa beli brg fone yg mahal2 kdg2 harga xmasuk akal ,jd koi pn berhenti dan bisnes aksesori telefon bimbit.Disebabkan kekurangan modal,koi start depan kaki lima maybank. mesti ramai yg ingt koi jual tempered glass dan kabel remax kt depan maybank setiap malam awal tahun 2015. Tp
disebabakan ada yg buat aduan,koi telah dihalau oleh majlis.
Niat ingin bantu orang
Berkat usaha, lelaki yang dikenali sebagai Farhan ini berjaya membuka
kedai sendiri. Katanya aksesori telefon yang dijual 50% ke 70% murah.
Kami cuba check harga barang dekat kedai dia, memang ternyata murah! Dekat KL pun belum tentu dapat harga macam ini.
Lepas tu pindah ke pasar malam dan start maju ketika di CBS temerloh. Dan kini koi telah berjaya membuka kedai sendiri, DR.foneInsyallah harga 50% ke 70% murah dari bandar temerloh yg majoriti kedai milik org cina. Niat koi ingin membantu org sambil menjana pendapatan.Insyallah koi akan cuba pecahkan monopoli cina dalam bisnes aksesori telefon. Aminmoral of story-kerja xsemesti nya apa yg kita blaja masa u dulu,yg penting ikhlas kerana allah,biar sedikit asal berkat…
Memang murah
Sementara itu orang ramai terutamanya penduduk Pahang mengakui harga yang dijual memang sangat murah berbanding tempat lain.
Korang yang selalu beli aksesori telefon tahu lah kot. Lokasi kedai di Paya Pulai berdekatan simpang masuk Taman Jaya 6.
Sumber : Muhammad Farhan, I Love Pahang, Kedai Remax
No comments:
Post a Comment