Thursday, 17 December 2015

KECOH! PILIHAN HATI WAK DOYOK YANG BEGITU CANTIK MERUPAKAN SEORANG... (7GAMBAR)



KECOH! PILIHAN HATI WAK DOYOK YANG BEGITU CANTIK MERUPAKAN SEORANG... (7GAMBAR)

Selepas isu Wak Doyok Sudah Punya Teman Istimewa? Adakah Wak Doyok mula memberikan petunjuk siapakah wanita pilihan hatinya? Di instagramnya,beliau kerap memuat naik foto bersama seorang bekas personaliti tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Beliau merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment dan bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.


Kami sertakan beberapa foto mesra bersama Azrinaz Mazhar Hakim.







Mungkinkah mereka hanya kawan rapat atau sebaliknya?? Ditambah lagi mereka sering dilihat keluar bersama- sama tidak kira di restoran atau kafe. Yang pastinya lokasi memang tidak diketahui oleh umum.

Salah satu foto yang di muat naik di instagramnya baru-baru ini menarik perhatian kami apabila kapsyennya berbunyi ” menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam”. Sweet sangat!


Sesuai dengan populariti yang dikecapinya kini, ikon media sosial, Wak Doyok sudah pun mengeluarkan produk menggunakan jenamanya sendiri beberapa bulan yang lalu.

Produk pelebat bulu yang dikenali sebagai Krim Jambang Wak Doyok bukan saja diilhamkan bagi melebatkan jambang untuk golongan pria, malahan juga berupaya melebatkan bulu di bahagian lain seperti di bawah lengan, rambut, bulu dada dan tempat lain. Ramai artis-artis telah menggunakan produk beliau dan antara salah satunya adalah Sharnaz Ahmad.

No comments:

Post a Comment