Friday, 13 May 2016

Pelik, Barang Ini Bukan Mainan Tapi Cukup Disukai Kanak-kanak

Pelik, Barang Ini Bukan Mainan Tapi Cukup Disukai Kanak-kanak
Pada usia satu hingga lima tahun, anak penuh dengan rasa ingin tahu. Pada tahap ini anak akan mencuba dan bermain dengan pelbagai perkara di persekitaran untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka.

Jadi tak hairanlah kalau ramai ibu dengan anak kecil akan pening kepala dan penat mengemas rumah. Si kecil ini termasuk yang masih mengensot akan mencapai barang-barang di sekitar mereka untuk dijadikan mainan.

Dan selalunya 10 barang inilah yang jadi tumpuan mereka di rumah meskipun ia bukan barang mainan. Hairan kan kenapa anak suka sangat dengan barang ini.

1. Peralatan dapur
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/12/periuk.jpg
Periuk, besen plastik, senduk, cawan dan pinggan anak kecil memang boleh ralit bermain dengannya.

2. Penyapu, mop
Ibu bimbang kotor tapi anak memang suka menjadikan barang ini mainannya.

3. Kotak, baldi
Sama ada anak sendiri akan masuk ke dalam kotak atau dia akan menolak barang ini sekeliling rumah. Sabar sajalah dengan bunyi seretan ini.

4. Tisu dan kertas
Anda pasti pernah menggeleng kepala melihat bagaimana anak mencabut sehelai-demi sehelai tisu hingga habis sekotak.
5. Bedak, lipstik dan mekap ibu
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/12/lisptik.jpg
Setiap kali ibu memakai bedak atau lipstik ada saja kan tangan kecil mahu mengambilnya atau pun ada yang diam-diam mencuba memakainya.

6. Kasut orang dewasa
Makin besar, makin seronok anak pakai dan berjalan dengan kasut ini.

7. Troli barang atau stroller
Kalau pergi membeli belah selalu bukan anak beria-ria mahu menolak troli barang. Kalau tidak pun stroller adiknya.

8. Gajet
Kanak-kanak mana yang tidak suka gaget sekarang? Mereka akan khusyuk bermain telefon atau tablet.

9. Kabinet dapur dan juga almari baju
Pernahkah anda mencekak pinggang melihat barang dalam kabinet dipunggah keluar dan bersepah di lantai. Ini memang hobi kanak-kanak.

10. Main air
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/12/air.jpg
Menuang air dari satu bekas ke satu bekas, menumpahkannya dan menepuk air memang menyeronokkan kanak-kanak. Sebab itu mereka boleh duduk lama dalam bilik air dan menjadi tanggungjawab ibu bapa mengawasinya untuk mengelak kejadian tak diingini.

Rasanya hampir semua barang di atas jadi permainan anak-anak kita bukan. Walau kadang-kadang menyebabkan rumah bersepah tapi ia penting untuk memenuhi rasa ingin tahu anak. Rakamkan gambar jika ada aksi lucu, kerana ia akan jadi kenangan apabila anak dewasa nanti.

Sumber: asianparent.com

No comments:

Post a Comment