Aida merupakan antara 80 penerima darjah kebesaran dan antara mereka yang menerima pingat daripada DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi sesi kedua sempena Hari Keputeraan ke 85 baginda tahun ini di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Aida menyangkal dakwaan bahawa beliau membeli gelaran Datuk yang diterimanya.
Menurut Aida, anugerah pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima berdasarkan sumbangan dan kerja amal yang dilakukan kepada masyarakat tanpa liputan media.
"Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.
"Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini," jelas A Aida.
Tambah Aida, dia enggan mengambil peduli tentang pandangan negatif masyarakat yang hanya mahu mencari kekurangannya sahaja.
"Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.
"Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu, Aida berkata, gelaran Datuk itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Pemilik A Aida Production Sdn Bhd ini juga, mahu apa yang dimiliki ini memberi inspirasi kepada golongan artis lain.
"Ia seperti kekuatan pada saya meneruskan perniagaan penerbitan drama dan mungkin saya akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan lain juga.
"Saya juga berharap, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada artis-artis lain untuk membina kerjaya yang lebih stabil," katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata, dia bukan sahaja aktif menerbitkan drama, malah kini sedang berjinak-jinak menerbitkan lagu-lagu tema serta menulis lirik.
Katanya, lagu nyanyian Nomad berjudul 'Sorry Sayangku' untuk lagu tema drama 'Hello Mr Perfect' mendapat sambutan baik apabila ditonton lebih 1.7 juta di Youtube biarpun belum dimainkan di radio tempatan.
Sumber: myartis
No comments:
Post a Comment