KUALA LUMPUR - Alasan mahu menggunakan tandas restoran membolehkan
seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meminta bantuan pelanggan
restoran itu untuk melepaskan diri daripada tiga lelaki yang menculik
dan merogol serta menyamunnya, Sabtu lalu.
Dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Balakong, Kajang, itu
pelanggan restoran itu kemudian berjaya menahan tiga penjenayah
terbabit.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner
Rotzarn Rashid berkata, mangsa yang berasal dari Thailand, baru keluar
dari rumahnya di Taman Bukit Cheras pada jam 8.50 pagi, untuk ke tempat
kerjanya di sebuah salon rambut.
Menurutnya, seorang lelaki bersenjatakan kapak datang dan secara
mengejut memegang tangan, memaut leher serta mengugut mangsa supaya
mendiamkan diri.
Katanya, suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan
membawanya mengelilingi kawasan perumahan sekitar Cheras serta Balakong.
"Ketika dalam kereta, mangsa dirogol suspek,” katanya.
Beliau berkata, kereta penjenayah itu kemudiannya kehabisan minyak dan
selepas seorang daripada mereka ke stesen minyak untuk membeli petrol,
mangsa memberi alasan mahu menggunakan tandas restoran berhampiran.
“Ketika dalam restoran, mangsa meminta bantuan pemilik serta pelanggan
yang kemudian berjaya menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 24
tahun dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.
Rotzarn berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun.
Difahamkan 3 lelaki bangsa India telah ditangkap secara berjemaah oleh orang awam bangsa India juga kerana cuba merogol seorang gadis Melayu ... ketiga suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment