Amir
atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, ketika dihubungi
Astro Gempak memberitahu dia seorang lelaki bertuah kerana dapat
memperisterikan Intan.
“Saya bersyukur kerana Intan ditakdirkan menjadi milik saya dan merasakan sayalah lelaki paling bertuah dalam dunia ini.
“Intan
seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Tidak pernah
sekalipun dia merungut sekiranya saya terlalu sibuk dengan kerja
sehingga ‘lupa’ pada dia,” katanya.
Apabila
ditanya tentang perancangan bulan madu Amir berkata, dia dan Intan
tidak merancang untuk berbulan madu di luar negara kerana jadual kerja
masing-masing.
“Saya dan isteri bulan madu dalam negara sahaja. Esok kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang dan seterusnya ke Gold Coast, Sepang.
“Tidak
mengapalah berbulan madu dalam negara pun, asalkan kami dapat
meluangkan masa bersama dengan sebaik-baiknya,” ujarnya yang tidak
menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat.
Sementara itu Intan mendedahkan kepada Astro Gempak, sifat romantik Amir menyebabkan dia terpikat dengan lelaki itu.
“Mungkin ramai orang bila melihat Amir mereka tak percaya yang dia ni sebenarnya romantik. Dia lelaki yang lucu dan comel.
“Pernah
sekali saya merajuk, Amir datang dengan sejambak bunga ros. Itu kali
pertama saya menerima bunga daripada seorang lelaki dan ia meninggalkan
kesan dihati saya.
“Ada
beberapa kali juga Amir melakukan perkara di luar duga saya yang tidak
mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya malu-malu.
Amir dan Intan telah diijabkabulkan pada Sabtu lalu di kediaman Nur Intan di Kampung Gajah, Sungai Buloh.
Amir
atau nama sebenanrnya, Mohammad Amirullah Azmi, 27, menyerahkan mas
kahwin sebanyak RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.
Akad
nikah itu disempurnakan oleh Jurunikah Masjid Kampung Gajah Sungai
Buloh, Mahmud Ahmad dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan,
Shaari Sabri.
Majlis
resepsi di sebelah pengantin perempuan telahpun diadakan pada Ahad dan
sebelah lelaki akan diadakan di Kubang Kerian, Kelantan pada 2 April
depan.
Amir dan Intan telah mengikat tali pertunangan pada 13 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment