Tidak banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat
terlarang di muka bumi ini. Bagi sesiapa sahaja yang nekad untuk mencuba
masuk, pastinya nyawa mereka bakal menjadi taruhan.
Memetik dari laman pulptastic.com, di bawah adalah senarai 10 tempat paling terlarang di dunia untuk anda lawati.
#10. Pulau Gunung Berapi Surtsey
Surtsey adalah adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di luar
pantai selatan Iceland. Ia mula wujud selepas letusan gunung berapi yang
bermula pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1967.
#9. Mount Weather
Pusat Operasi Kecemasan Cuaca Gunung atau lebih dikenali sebagai ‘Mount
Weather’ adalah sebuah pusat dimana tidak ada sesiapa pun orang awam
yang boleh melawati tempat ini. Terletak di Virginia Amerika Syarikat.
Pusat itu adalah sebagai penempatan semula pegawai peringkat tertinggi
tentera jika berlaku bencana alam terbesar negara.
#8. Mezhgorye
Mezhgorye adalah sebuah bandar tertutup di Republik Bashkortostan,
Rusia. Dikatakan bahawa orang-orang yang tinggal di bandar tersebut
terlibat dengan bidang pekerjaan yang dirahsiakan sekitar Gunung
Yamantaw. Gunung tersebut disyaki menjadi lokasi program nuklear yang
merupakan tempat penyimpanan khazanah negara Rusia, sehingga kini
kawasan tersebut adalah sulit. Dakwaaan samada wujud loji nuklear benar
atau tidak, tiada siapa yang tahu.
#7. Metro-2
Metro-2 adalah sistem bawah tanah rahsia yang tidak asing lagi dengan
penduduk Moscow. Ia dibina oleh Joseph stalin dan sehingga kini ada
khabar angin mengatakan ia masih dikendalikan oleh Kementerian
Pertahanan Rusia.
Terowong Metro-2 berfungsi untuk menghubungkan Kremlin dengan Ibu
Pejabat Perkhidmatan Keselamatan Perekutuan Rusia. Ia juga sebagai
tambahan lokasi rahsia lain yang amat penting untuk negara pada era
pemerintahan Stalin.
#6. North Sentinel Island
Sebuah Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan
orang asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak
yang dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar
masuk ke dalam masyarakat mereka.
Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini.
Cubaan sekumpulan pengkaji untuk datang melawat ke kawsan puak ini
disambut dengan anak panah dan tombak dan lebih tragik lagi pada tahun
2006 dua orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di
pulau terebut.
#5. Arkib Rahsia Vatican
Arkib ini menempatkan sebahagian besar rahsia sulit pemimpin dan Raja
Eropah sekitar tahun 1881. Antara yang tersimpan adalah dokumen sulit
King Henry VIII dari England.
Dari namanya sahaja, anda boleh tahu pulau ini merupakan pulau yang
sangat berbahaya. Pulau yang terletak di pantai Sao Paolo, Brasil ini
menjadi rumah bagi sekitar 4.000 ular paling berbisa di dunia.
#4. Pulau Ular, Brazil
Pulau ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling
beracun di dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak
ular berbisa lain yang mendiami pulau bernama Ilha de Queimada Grande .
Pemerintah Brasil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau
itu. Namun masih ada saja yang nekad untuk mencuba masuk masuk,
akibatnya ada orang yang dilaporkan hilang ataupun telah meninggal dunia
di sana.
#3. Woomera, Australia
Kawasan Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang
awam. Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia.
Sebabnya adalah kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk
melakukan uji kaji terhadap senjata berbahaya, bermula dari roket
sehingga senjata nuklear.
Jadi masuk kawasan ini tanpa kebenaran boleh membunuh anda ketika waktu
uji kaji dilakukan. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan
kebenaran dari pihak pemerintah Australia
# 2. Havenco, England
Tempat yang dibina pada tahun 2000 ini awalnya adalah pusat penyimpanan
data, penyedia server internet, dan sehingga proses enkripsi.
Pelanggan HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman kerana
laman webnya memiliki kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan
seseorang seperti pornografi , spam, dan hacking. Namun, pada tahun
2008, tempat ini telah ditutup setelah berlaku masalah pada sistem
operasi utamanya. Tempat ini masih menjadi misteri dan tetap sulit untuk
dimasuki oleh orang awam.
#1. Area 51
Negara Amerika sangat terkenal dengan rahsia sulit kerajaan mereka.
Termasuklah Area51 yang terletak di Nevada ini. Tujuan utama kawasan ini
dibina masih dibincangkan sehingga kini. Khabar angin mengatakan pusat
tersebut dicipta untuk membangunkan teknologi rahsia buatan Amerika
Syarikat.
No comments:
Post a Comment