Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan
mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di
laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.
1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200
1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200
"Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap
pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi
membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi
memndapatkan nombor giliran." – Fizo Omar
2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual
semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.
"Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau
reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih
tinggi.” – Fizo Omar
3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif
"Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak
iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda.
Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup
berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang
mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal,
tidak disokong." - Fizo Omar
4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca
berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang
ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar
No comments:
Post a Comment