Friday, 1 April 2016

Perkahwinan USD$1 Billion, Anak Billionair Rusia Pilih Kahwin Gadis Biasa

Perkahwinan Bernilai USD$1 billion, Anak Billionair Rusia Pilih Kahwin Gadis Biasa
Bukan dari kalangan keluarga diraja atau hartawan atau dari anak billionair Rusia, Said Gutseriev memilih gadis biasa berusia 20 tahun sebagai isterinya.

Majlis perkahwinan Said dengan Khadija Uzhakhovs yang juga seorang pelajar minggu lalu telah menjadi tumpuan media seluruh dunia apabila dilaporkan menelan belanja sebanyak USD$1 billion (RM3.92 billion).

Paling menarik perhatian dalam majlis itu sudah tentunya pengantin perempuan yang mengenakan gaun gaun rekaan Elie Saab yang dianggarkan bernilai RM98,117 ditempah khas dari Perancis.
Gaun seberat 11 kilogram dihiasi perhiasan mewah ini turut memerlukan beberapa orang pembantu untuk memegang kain gaun yang labuh semasa majlis berlangsung.

Melengkapi penampilan pengantin perempuan adalah barang kemas dan beg selain tiara yang dikatakan bernilai USD$5 juta.

Hanya sedikit yang diketahui tentang gadis bertuah yang mengahwini anak kepada Mikhail Gutseriev ini. Khadija merupakan  pelajar tahun pertama di Moscow State Universiti dalam bidang perubatan dan pergigian.

Berasal dari keluarga biasa, media Rusia mengatakan gadis ini dipilih selepas memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu cantik, masih perawan, pemalu dan tidak popular.
Perkahwinan dengan Said, 28 tahun bermakna Khadija yang mempunyai kecantikan semula jadi ini memasuki keluarga kelas atasan yang cukup berpengaruh di negara tersebut.

Dalam pada itu majlis perkahwinan pasangan ini dihadiri oleh 600 tetamu yang dijamu dengan masakan Eropah, sushi serta kek perkahwinan lapan tingkat dengan lambang bulan dan bintang menandakan mereka beragama Islam.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran mewah turut dihiburkan oleh penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias.

Forbes melaporkan, billionair Mikhail Gutseriev adalah seorang muslim kelahiran Kazakhstan yang mempunyai kekayaan bernilai RM24.31 billion.

Pengantin lelaki, yang juga anak kepada billionair tersebut, dilahirkan pada tahun 1998 dan mendapat pendidikan di Harrow dan Oxford dalam bidang arkeologi dan geologi.

Pasangan ini sekali lagi akan dirai oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat dalam satu majlis di London yang khabarnya turut akan dihiburkan oleh Elton John dan Beyonce.
Berikut adalah foto-foto di majlis perkahwinan pasangan ini.
Pasangan Pengantin Said & Khadija
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/Untitled-2.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/aid_Gutseriev_28.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/groom-1.jpg
Mikhail Gutseriev (dua dari kiri)
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/32AAFCD800000578-3514779-image-a-16_1459331164885.jpg
Lokasi Majlis Perkahwinan
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/32AAFDBD00000578-3514779-image-a-36_1459331792625.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/kereta.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/Wedding-venue-2.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/2.jpg
Kek Lapan Tingkat
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/32AAFDC300000578-3514779-image-a-33_1459331665262.jpg
Cenderahati tetamu
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/31/32AAFCE100000578-3514779-image-a-38_1459331850667.jpg

Sumber: www.dailymail.uk.co

No comments:

Post a Comment