Friday, 8 April 2016

'Saya Haji Roslan, Jangan Panggil Roslan Saja'

Gambar hiasan
Berbincang mengenai status dan pangkat ini, mengingatkan saya pada pengalaman kerja sebagai jururawat di KPJ Damansara suatu ketika dulu. Hospital yang banyak pesakit dan bermacam-macam karenah. 
Musim haji 2013, seorang pakcik telah datang ke kaunter dan daftar nama beliau. Sebelum triage (sesi kategorikan pesakit), pesakit akan duduk di ruang hijau. Pada malam itu saya ditugaskan sebagai triage nurse malam itu. 
Nama pesakit, Haji Roslan (bukan nama sebenar). Itu adalah nama yang ditulis di atas kertas pendaftaran. Ada gelaran 'Haji' tetapi biasanya aku panggil nama sahaja. 
"Roslan. Roslan. Roslan," 
Panggilan saya tidak disahut. Lalu saya memanggil pesakit yang seterusnya.
Selang lima minit kemudian, pakcik berkenaan datang ke kaunter dan tanya mengapa namanya tidak dipanggil. 
"Saya dah panggil nama pakcik tadi tetapi pakcik tak menyahut," jelas saya padanya.
"Yang awak panggil itu Roslan. Saya ini Haji Roslan. Takkan awak tak nampak apa yang saya tulis?" soalnya. 
Barulah saya tahu yang kita pergi Haji ini nak dapat gelaran Haji sahaja. - Harris Fitri | PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment