Lebih hangat bila pelbagai komen dilemparkan termasuk komen pedas dari Wardina Saffiyah. VK tak berhasrat nak menghangatkan suasana. Cuma mahu berkongsi koleksi tudung terbaru Sweet Love yang membuat ramai penasaran. Mesti ramai yang nak tahu macam mana rupanya kan.
Menurut laporan Sinar Harian sempena pelancaran tudung terbaru Fareeda iaitu Sweet Love ini terdapat 50 paten terbaru dikeluarkan.
Harga jualannya bermula dari RM120 dan pembelian tudung ini terhad pada hari Ahad saja iaitu semalam.
Bagi membeli tudung ini hanya sekumpulan pelanggan dalam 20 hingga 30 orang dibenarkan masuk dalam butik pada satu-satu masa. Pelanggan pula hanya dibenarkan melakukan pembelian dalam tempoh setengah jam seorang.
Tapi buat peminat setia jenama ini, semua itu seakan tidak menjadi satu masalah. Di bawah ini adalah koleksi tudung Sweet Love yang dijual semalam. Jom cuci mata.
Bentuk hati dan penuh warna
Ada yang berkenan?
Konsep tudung nampak ringkas dan mudah dipakai.
Sumber Sinar Harian & Facebook FAREEDA..Nyata Jelita
No comments:
Post a Comment