Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.
Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.
Hakikatnya, laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat, kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.
Tidak seperti kereta yang anda guna seharian, anda akan hantar servis ke bengkel kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam dan penapis minyaknya. Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan untuk:
Membawa anda dari poin A ke poin B
Angkat barang selagi muat
Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya wang.
Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara
Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah
sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu
setiap siri nanti.
Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboardDari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikanMengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Di Mana Boleh Servis Laptop?
Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.
Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
- Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
- Haba adalah musuh utama laptop.
- Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
- Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
- Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.
Sumber - Majalah Niaga
No comments:
Post a Comment