Kalau sebut tentang kecantikan pasti khususnya pada perempuan kerana kulit perempuan terlalu sensitif berbanding lelaki. Sebut sahaja dari penjagaan bahagian tubuh, dari kepala sehingga kaki pasti kita akan lihat di setiap premis atau produk penjagaan kulit mesti banyak di keluarkan untuk perempuan.

Kali ini tips mudah untuk lelaki bagi mendapatkan kulit yang bersih. Ya, lelaki tak perlu untuk jaga kuku, cukur bulu kaki dan sebagainya tetapi lelaki juga harus menjaga kebersihan mereka bagi dapat mengekalkan kebersihan tubuh mereka daripada jangkitan kuman. Jom ikuti empat langkah mudah untuk mendapatkan kulit yang bersih.

1. Pilih pencuci mengikut kesesuaian kulit

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/05042016/penjagaan%20kulit%20lelaki/lelaki2.jpg

Pencuci muka yang berkualiti mampu membersihkan serta menghilangkan kotoran yang melekat di kulit. Jika kamu mengalami masalah jerawat, pencuci yang mengandungi salicylic acid, glycolic adcid, ataupun benzyl peroxide sangat sesuai buat kamu kerana ia mampu menentang bakteria yang menyebabkan jerawat.

2. Jangan cuci lebih dari sekali

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/05042016/penjagaan%20kulit%20lelaki/lelaki4.jpg

Tahukah kamu, kerap memcuci muka mampu menyebabkan kulit semakin kering. Oleh itu, pilih salah satu waktu yang sesuai untuk kamu cuci dengan pencuci muka sama ada waktu pagi atau malam. Selebihnya biasakan diri membilas muka dengan menggunakan air yang bersih sahaja.

3. Guna pisau cukur yang berkualiti

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/05042016/penjagaan%20kulit%20lelaki/lelaki3.jpg

Pada lelaki yang memiliki jambang, janggut atau misai dan suka untuk mencukur, dapatkan pisau cukur yang berkualiti seperti tajam, tidak berkarat dan tidak retak di mana-mana bahagian pisau tersebut. Pemilihan pisau cukur yang mempunyai 'double blade' adalah terbaik kerana ia memberi hasil yang lebih kemas dan cantik. Malah ia juga tidak akan mengakibatkan wajah kamu terluka dan akhirnya menyebabkan parut.

4. Amalkan skrub (scrub) muka

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/05042016/penjagaan%20kulit%20lelaki/lelaki.jpg

Seperti kamu ketahui, lelaki lebih terdedah dengan kotoran berbanding perempuan kerana kebanyakkan lelaki bekerja di luar kawasan (bukan di ofis). Oleh itu, amalkan skrub muka sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghilangkan kotoran serta sel-sel kulit mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian. Cara ini juga boleh membuatkan kulit kamu lebih cerah dan sihat. Malah ia juga memudahkan kamu untuk mencukur kerana bulu dan kulit menjadi lembut ketika itu.

Jadi ini adalah empat tips mudah untuk lelaki bagi mendapatkan kulit yang bersih dan segar. Kulit lelaki amat berbeza dengan perempuan kerana mereka lebih cenderung kepada aktiviti lasak sehingga menyebabkan kulit wajah mereka mudah terdedah kepada serangan radikal bebas. Dengan empat tips mudah ini semoga ia dapat memberi manfaat kepada kamu!