Friday, 8 April 2016

Bagi Pinjam Tapi Orang Tak Nak Bayar Balik? Lihat Bagaimana Lelaki Ini Mengatasinya

Masa nak pinjam bukan main manis mulut, tapi bila suruh bayar macam-macam alasan! Siapa dekat sini pernah mengalami situasi macam ini? Kita bagi pinjam sebab kasihan tapi ini balasan yang diberi.
Ada part time ofice boy saya ni pinjam duit RM200 dengan saya. Katanya nak renew road tax & insurance motor.
Saya tanya dia, apa benda yang awak boleh kasi pada saya sebagai cagaran. Dia pun setuju kasi 2 pasang kasut yg dia baru beli katanya.
Selepas dia kasi 2 pasang kasut tu sbg cagaran, saya pun kasi lah duit kat dia dan mintak dia sign satu perjanjian ringkas. Dia janji akan bayar hujung bulan nnti.
Selepas 2 minggu saya call dan msg dia, dia dah mula tak jawab. Ofis pun dah tak dtg. Tunggu sampai hujung bulan tak bayar hutang jugak, maka secara rasmi lah kasut tu jadi milik saya.
At least drpd tk dapat apa2 ada jugak kasut sbg cagaran. Bolehlah pakai jalan2 dan pergi jogging. Nak ambik tindakan mahkamah tk berbaloi. Dapat kasut 2 pasang pun jd lah. Tak lah rugi sgt.
Jadi pesan saya kalau nk bagi pinjam duit pd orang tu walaupun kita kenal dan baik sekalipun dgn orang tu, biar lah ada cagaran dan ada perjanjian. Kalau dia tk bayar ambil saje lah barang cagaran tersebut. Ianya sah dari segi undang2 dan hukum syarak. Gunakan tanpa waswas.

Komen netizen


Penjelasan lelaki ini bila dipersoal

Sumber : Salkukhairi

No comments:

Post a Comment