Terbaru, hasrat seorang posmen untuk mendirikan rumah tangga berkecai
apabila bakal pengantin perempuan ‘lesap’ di hari pernikahan. Lebih
menyedihkan wang hantaran berjumlah RM 16,000 telah diberikan
Hasrat kahwin pada hari lahir ‘terkubur’
Lelaki tersebut terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan
tidak berpenghuni dan tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan
merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut
sebagaimana diputuskan sebelum ini.
Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki
itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun
perkara tidak diingini berlaku.
Difahamkan lelaki tersebut hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur
dengan gaji RM900 sebulan. Semasa mengikat tali pertunangan, lelaki
tersebut diberi tempoh 2 tahun bagi mengumpul hantaran berjumlah RM
19,000.
RM 16,000 telah pun diserahkan sebelum majlis perkahwinan dan baki
RM3,000 akan diserahkan semasa majlis majlis akad nikah yang dijadual
semalam.
Difahamkan bakal pengantin perempuan bekerja sebagai pekerja kedai
telefon. Jiran sekitar rumah bakal pengantin perempuan tersebut
memaklumkan mereka tidak menerima sebarang jemputan perkahwinan.
Saman Malu
Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung
insiden berkenaan kerana bakal pengantin perempuan melarikan diri di
hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi
pihak keluarga lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang
mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment