Pelakon jelita,
Rozita Che Wan sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila beliau memuat naik sebuah video anaknya,
Aisyah Dhia Rana
berjoget sambil memakai baju bergambar anjing. Tindakannya itu
bagaimanapun dikritik ramai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama
sendiri.

Kebanyakan peminat Che Ta mula menegur tindakannya yang sewenangnya
memakaikan anaknya baju bergambar anjing kerana dikatakan tidak elok
dipandang. Malah ada juga menyindir sinis dengan mempersoalkan kemampuan
kewangan pelakon itu yang seolah tidak ada pilihan baju lain.
Namun begitu, setakat ini Che Ta masih belum memberikan komen balas
berhubung perkara yang terjadi. Malah video yang dimuat naik itu turut
dibiarkan sahaja di akuan Instagram miliknya walaupun selepas dikritik
oleh orang ramai.
(rkty/w)
No comments:
Post a Comment