Tapi bagi yang dilahirkan dengan tahap kepintaran biasa-biasa saja janganlah rasa rendah diri. Melalui kajian sains membuktikan bahawa setiap manusia mampu meningkatkan tahap kepintaran mereka dan pada masa yang sama menikmati proses tersebut.
Menurut saintis antara yang boleh dilakukan untuk tujuan ini adalah mempelajari kemahiran baru. Ia akan mencipta jalan atau ruang baru yang membuat otak bekerja cepat dan lebih baik. Selain itu saintis menyarankan tujuh hobi ini untuk membantu otak jadi lebih pintar.
1. Bermain alat muzik
Hobi ini dapat meningkatkan kreativiti, kemampuan menganalisis, bahasa, matematik, gerak motor otot dan banyak lagi kelebihan.
Bermain alat muzik seperti piano, gitar, biola dan sebagainya akan menguatkan corpus callosum-bundel, saraf yang menghubungkan otak kiri dan kanan.
Corpus callosum yang kuat dapat membantu manusia meningkatkan kemahiran, memori dan penyelesaian masalah tanpa mengira usia.
2. Membaca apa saja buku
Membaca buku tak kira apa jenis dari surat khabar sampaikan buku kanak-kanak memberikan manfaat yang sama untuk otak. Hobi ini menurunkan stres dan meningkatkan tahap kepintaran.
Sekiranya anda suka membaca, kemampuan anda untuk menyelesaikan masalah, memisahkan informasi, mengesan pola, memahami proses dan merespon terhadap perasaan orang lain akan menjadi lebih baik.
3. Senaman secara teratur
Melakukan senaman secara teratur lebih baik berbanding dilakukan sesekali dengan intensiti tinggi. Apabila anda bersenam sel tubuh akan dipenuhi dengan BDNF, iaitu unsur protein yang membantu kemampuan mengingati, belajar, fokus, dan pemahaman.
Sementara itu ada kajian yang dibuat mendapati mereka yang selalu duduk dalam waktu lama akan membuat otak tidak mampu bekerja maksimum.
4. Belajar bahasa asing
Lupakan bermain puzzle sebaliknya cuba belajar bahasa asing. Kajian menunjukkan mereka yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa memiliki kemampuan menyelesaikan puzzle lebih baik daripada yang hanya boleh bertutur satu bahasa saja.
5. Uji apa yang anda pelajari
Ramai pelajar hari ini membaca berjaya mengumpul banyak informasi pada menjelang peperiksaan. Masalahnya, apa yang dipelajari ini mudah dilupakan kerana mereka tidak menggunakannya selepas itu.
Salah satu alasan belajar bahasa baru membantu melatih otak lebih pintar adalah ia memerlukan anda sentiasa mengulang dan menggunakannya. Oleh itu sentiasa uji apa yang telah anda pelajari dan belajar lebih banyak perkara baru.
6. Permainan yang melatih otak
Sudoku, puzzle, teka-teki, video games, permainan kad adalah antara yang dapat meningkatkan neuroplasticity. Ia berkait dengan kemampuan otak untuk menata atau mengurus.
Peningkatan neuroplasticity ini membolehkan anda melihat sesuatu dari sudut pandangan berbeza dan memahami punca dan kesan terhadap sesuatu perlakuan selain meningkatkan kemahiran kognitif.
Mereka yang memiliki neuroplasticity tinggi juga biasanya tidak mudah panik ketika berdepan keadaan cemas dan depresi.
7. Meditasi
Ia satu keadaan teknik mengawal minda untuk melakukan apa yang anda mahu. Anda boleh berasa lebih yakin, berkuasa melalui meditasi. Ini bermakna otak mampu melakukan perkara yang lebih jika anda menginginkannya dan fokus.
Bagi ibu bapa, anda boleh praktikkan hobi ini pada anak-anak sejak kecil. Lagi awal lagi bagus, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sumber: http://www.entrepreneur.com
No comments:
Post a Comment