SEORANG gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran
daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku sebagai ayah
kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau lebih dikenali
sebagai Chacha.
Difahamkan, Irwan ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan
Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika
tengah mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan pada Jumaat lalu.
“Ketika kami menahannya, masyarakat di sekitar memaklumkan dia sudah
lama mengemis di daerah tersebut,” kata Ketua Suku Dinas Sosial Jakarta
Selatan, Mursyidin seperti dipetik oleh detik.com.
Buat masa ini, Irwan dibawa ke Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya,
Cipayung, Jakarta Timur bagi mendapat rawatan sementara menunggu ahli
keluarga terdekat untuk membawanya pulang.
Hingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Marshanda
mengenai perkara tersebut namun menerusi foto yang dimuat naik di laman
sosial menunjukkan lelaki terbabit sememangnya mirip dengan ayah kandung
artis terkemuka itu.
______________
ARTIS popular Indonesia, Marshanda mengakui pengemis yang ditemui baru-baru ini adalah bapanya.
Menurut Marshanda, dia berasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan
bapanya itu selepas berpisah sejak dua tahun lalu tidak lama selepas
dia bercerai dengan bekas suaminya.
“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa.
Marshanda berkata, hubungan dia dengan bapanya, Irwan Yusuf, 49,
renggang sejak belasan tahun lalu selepas lelaki itu bercerai dengan
ibunya.
“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.
“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya
Sebelum itu, seorang gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima
berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku
sebagai ayah kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau
lebih dikenali sebagai Chacha.
Difahamkan, Irwan ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan
Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika
tengah mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan pada Jumaat lalu.
No comments:
Post a Comment