Shah
Alam: Selepas enam kali keluar masuk tandas, seorang remaja perempuan
akhirnya ditahan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) selepas
didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol
Batu Tiga di sini, pagi semalam.
Remaja
berusia 20 tahun itu pada mulanya memberi alasan tidak boleh membuang
air kecil selepas teman lelakinya yang berusia 25 tahun didapati positif
dadah, namun mengaku sudah tiga bulan mengambil bahan terlarang itu.
Dia
yang hanya mahu dikenali sebagai Diana mengaku mengambil syabu selepas
diperkenalkan rakan selain mendakwa semakin rajin bekerja selepas
mengambil dadah itu.
“Pada
mulanya, saya hanya mahu mencuba, tetapi selepas mengambilnya saya jadi
semakin rajin bekerja dan tidak mudah penat. Saya bekerja sebagai
kerani jadi perlu memberi sepenuh perhatian selain beban kerja yang
banyak.
PEGAWAI JPJ mengeluarkan saman ke atas pemandu yang melakukan kesalahan dalam operasi.
“Saya
hanya membelanjakan RM50 mendapatkan bekalan dan kali terakhir saya
ambil tiga hari lalu,” dakwanya ketika ditemui dalam operasi itu
semalam.
No comments:
Post a Comment