Ini gambar dari customer saya. Sambil make up dia, dia mengadulah yang
sebelum ini, di majlis sebelah perempuan dia ada pesan kek. Lain gambar
yang dia hantar, lain pula yang dia dapat.
Sebelum itu, dia ada bertanya pada orang buat kek itu boleh tak buat kek
seperti dalam gambar. Orang itu kata, boleh buat. Tetapi tima hantara
kek masa dah last minute nak potokg kek, cepat-cepat akak kek ini nak
balik. Rupa-rupanya, hasil keknya..
"Korang tengok sajalah sendiri,"
Customer suruh buat kek seperti dalam gambar, tetapi dia buat kek tak
seperti dalam gambar dan hanya menggunakan renda langsir dan bunga
plastik saja? Kek siap nak tumbang!
Kos buat kek ini, RM500 okay! Ini hasilnya yang pengantin dapat? Ini kes
aniaya pengantin dah. Berbaloi tak bayaran RM500 dengan hasil kek macam
ini?
Lebih teruk lagi, akak kek itu cucuk renda langsir itu menggunakan jarum
saja. Agak-agaknya ada orang ke nak makan? Tiada seorang pun yang nak
sentuh kek itu. Pengantin itu menangis, kasihan dia.
Moralnya, kepada para peniaga, janganlah menganiaya orang dengan mengaut
keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti. Sudahlah aniaya orang
di hari bersejarah, kalau tak boleh tunaikan hajat orang, cakap saja tak
boleh. Jangan bagi harapan.
Sila sebarkan agar orang ramai berhati-hati selepas ini. - Yuyuen Othman | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment